Sunday 27 January 2013

Rehlah PSS & KRU Putatan Januari 2013


Keindahan kehidupan binatang ciptaanNya,
langit yang cerah ditemani kicauan burung,
malam yang gelap disinari cahaya bintang,
tumbuhan menghijau melukis keindahan alam.

SubhanAllah~ tidak ada yang dapat menangini ciptaanNya yang begitu hebat sekali,
menghidupkan manusia, hidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang begitu sempurna sekali,
Sang Pencipta menunjukkan bertapa hebatnya kebesaranNya dan kekuasaanNya ini,
membuat kita sedar dan tunduk patuh akan perintahnya.

Maka memang wajar sekali kita mencintaiNya dengan penuh kasih sayang tanpa keraguan,
tanpaNya kita tidak akan mampu menjalani kehidupan malah lahir di dunia ini.
dan melihat keindahan semula jadi alam sekitar dan hidupan di dunia ini.
Sejuk tenang hati menikmati pandangan ciptaanNya dan menghirup udaraNya yang segar.

Berkat keizinanNya Rehlah tahun ini dimulakan disebuah tempat yang cukup indah dipandang,
Zoo Lok Kawi menjadi destinasi Rehlah yang dimuatkan seramai 70 peserta KRU Putatan,
pada 27.01.13 ssekitar jam 9.00 hingga jam 2.00pm bersama PSS Putatan,
dengan pengisian yang menarik dan aktiviti yang menghiburkan.

Melawat si monyet yang tidak lari dari kenakalannya dan sifatnya yang suka memanjat,
si gigi taring Harimau yang mencari daging sebagai isian perutnya melalui garangnya yang menakutkan,
Burung-burung yang merdu dengan siulannya membuat hati asyik dengan bunyi-bunyiannya,
besertakan si badan besar belalai panjang Gajah yang menyaksikan kebesaran dirinya,
dan banyak lagi haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang bakal dilawati di sini.

Memulakan perjalan

Keindahan burung yang indah turut kelihatan

Hati terhibur melihat gelagat binatang-binatang

Bersama brung unta yang tidak boleh didekati kerana
boleh mematuk sesiapa mendekatinya

Matahari hampir sampai kemuncak membuat para peserta terasa
panas dan payung menjadi perlindungan

kanak-kanak begitu riang dengan rehlah ini sehingga berlari-
lari tanpa erti penat

Bergambar sebentar di hadapan cafe Zoo beli air kerana
kehausan berjalan

Meneruskan perjalanan menyelusuri hutan-hutan kecil di sana

Cek point penanda sebagai tempat berehat sementara


dan terdapat juga beberapa peserta yang tersesat :D




Bersiap sedia ke Zon tumbuh tumbuhan
ada yang penat dan tidak sampai ke zon tumbuhan

menulis nama yang sampai ke zon ini




Antara binatang-binatang yang sempat kami gambar bersama dengan gelagat yang mencuit hati

Si beruang yang duduk seperti manusia sambil menjilat-jilat
tangannya :D

Renungan tajam burung hantu yang menakutkan dan
merupakan sepises burng hantu yang berlainan

Si kambing yang sihat sedang makan dan yang membuat kami
teruja mereke seakan-seakan membuat bentuk love dengan tanduknya

Brung helang yang sebenar dikala hinggap di dahan
membunyi bunyi berlainan dari yang ketika terbang

Si anak gajah yang baru selesai mandi dan makan tebuh dan ada
yang tidak sanggup minum air kolam tapi minum air paip yang bocor
yang kebetulan ada dibhagian tempatnya

Garangnya si Harimau tidak selalu sampai masanya pasti akan
kepenatan jadi ketakutan dari kami tidak berapa dirasai

si kuda berlainan spises kuda katot terkejut dan sempat posing
dengan gambar..


Para pelawat Zoo pada hari itu sempat disajikan dengan persembahan binatang-binatang yang  sangat menghiburkan :)

Si burung kakak tua sedang belumba memasukkan gelang
kedalam tempatnya..



si comel disuruh meneka di mana makanan itu berada

Burung kakak tua fokus..untuk apa?

mencari bola itu berada dimana disebalik 3 mangkuk itu..

Dan salah seorang peserta kita volunter untuk meneka
si burung kakak tua
Mengejutkan sebelum ular dipersembahkan seekor ular terlepas

dan hanya ular kecil sahaja yang dijumpai

Ular-ular ditontonkan para penonton

Volunter dari penonton untuk merasa memegang ular dan
diuji tahap keberaniannya

Ini antara burung yang dipersembahkan

Tidak ketinggalan peserta KRU Putatan juga ingin merasa
untuk meneka si comel tadi


oh, lgi satu si burung kawannya burung yang tadi

dan sesi si col=mel meneka bermula


Sesi bergambar beramai-ramai setelah melihat persembahan binatang yang amat menyeronokkan dan menghiburkan


masa untuk pulang ke tempat berkumpul semula

seperti biasa sebelum penutupan persembahan buat pesrta daipada AJK KRU Putatan :)



Sesi bergambar sebelum pulang



para peserta pulang menaiki bas [2 bus di tempah]

Saksikan Montaj Rehlah PSS & KRU Putatan Januari 2013
[liku-liku perjalan yang dihadapi semasa berlangsung rehlah ini]

SubhanaAllah~
Syukran Sang Maha Pencipta :D

No comments:

Post a Comment