Saturday 19 January 2013

Qiamullail Perdana Januari 2013

Assalamu'alaikum,
Maulidul Rasul merupakan hari yang amat bermakna buat seluruh umat islam,
diatas kelahiran insan yang amat bermakna dan wajar kita contohi,
kecintaan dan kerinduan itu perlu kita sematkkan dalam jiwa,
kerana dialah Rasul persuruh Allah yang telah banyak berkorban demi Islam.

Qiamullail kali ini bertemakan "Demimu Rasulullah SAW" bersempena dengan Maulidul Rasul,
yang akan berlangsung bulan ini pada 24 Januari 2013,
mendalami bagaimana pejuangan Rasulullah serta pegorbanannya dalam berjihad menegakkan Islam,
dan melahirkan rasa Cinta dan Rindu akan Rasulullah,
agar kita sedar batapa pentingnya kita memperingati Rasulullah.


Qiamullail kali ini diadakan pada 19-20 Januari bertempat di SMK Tansau
penyertaan kali in adalah seramai 80 peserta


Ayuh kita ikuti perjalan program ini~


Seperti biasa pendaftaran amatlah diperlukan sebelum memulakan program Qiam nhe..

Bahagian Pendaftaran
Bahagian Pendaftaran
Para AJK Pendaftaran siap sedia menjalankan tugas :)

SESI PENDAFTARAN
Peserta mula mendaftar dan penyertaan bersih secara keseluruhan adalah 80 peserta yang mendaftar
alhamdulillah~ :)
KUMPULAN
Melalukan sesuatu tugasan secara jema'ah lebih baik daripada bersendirian
Sesi pembahagian kumpulan setiap peserta

SESI TAKLIMAT
Bagi melancarkan program peserta perlu diberikan sedikit taklimat tentang program ini yang akan disampaikan oleh kemkom program [abg Hasmadi].



Sembang Ilmiah bertajuk ‘Rasulullah Pembawa Rahmat '
Tentatif berikutnya sembang Ilmiah yang bertajuk 'Rasulullah Pembawa Rahmat'
bersama penceramah jemputan Ustaz Nazri dari Sekolah Pekan Putatan

Antara pengisian yang disampaikan oleh penceramah
HIJJAZ - RASULULLAH
Nyanyian lagu tema amatlah penting dalam memastikan pelajar lebih semangat dalam mengikuti program ini dan menjadi satu simbol perjalanan tema kali ini.
BACAAN AL-MATHURAT
Bacaan Al-Mathurat banyak khafiatnya para peserta dibimbing membaca al-Mathurat moga-moga mereka menjadikan bacaan al-Mathuat ini sebgai rutin harian mereka :)
AJK MAKANAN
Tidak ketinggalan perkara paling penting adalah menyediakan makan untuk para peserta dan AJK
tanpa AJK Makanan ini peserta dan AJK yang lainnya tidak akan keleparan
Terima Kasih atas penyedian makanannya
Alhamdulillah~ no komen cuma pujian sahaja, sangat sedap :)

MAKAN MALAM
Masa untuk makan malam ^0^



SAJAK RASULULLAH
Sedikit perkongsian dan pengisian buat peserta untuk menghayati sajak bertemakan Rasulullah :'(
sangat menyentuh hati para peserta dan AJK,
SubhanAllah, kami Cintamu Rasulullah~




click here for more photo
Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan Januari 2013
Selawat ke atas nabi wajar kita amalkan,
moga kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak,
sekali kita berselawat kepadanya 10 kali Allah berselawat kepada kita
Sesi Pergulungan & Refleksi diserikan lagi dengan
Persembahan Qasidah dari Non-Stop Da'ie Anthem (NSDA)
dengan gabungan Nasyid dari SMK Tansau
Selawat "Solatun Bissalmil Mubin"


Jadikanlah Rasulullah sebagai Idola kita,
ikuti segala perbuatan dan percakapan baginda,
ikuti sunnahnya dan hadisnya,
kerana semua itu adalah dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment