Saturday 12 January 2013

Himpunan 1 Hati Demimu Palestin

Agak payah juga melakonkan sesuatu watak dikhalayak ramai,
namun perwatakan ini amatlah penting demi menyedarkan umat islam,
tentang isu di Palestin yang amat memerlukan Do'a dan sumbangan dari kita.
Program Himpunan 1 Hati Demimu Palestin telah dianjurkan,

Perhimpunan ini diadakan bagi menerapkan kesedaran dalam hati dan diri umat Islam umumnya di Malaysia untuk membantu saudara seakidah di Palestin sebagai satu ummah yang berukhwah. Perhimpunan ini dijayakan berengan Persatuan Belia Daerah Putatan dan dibantu dengan kehadiaran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Sabah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Siswazah Sabah (PSS), Sahabat 1 Komuniti , Persatuan Belia Daerah Putatan, dan Kelab – kelab kenderaan bermotor.


 Perhimpunan yang diadakan di dataran yang terletak ditengah-tengah pekan Putatan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan berjaya mencuri tumpuan orang ramai yang tinggal di sekitarnya. Perhimpunan bermula sejurus saja ketibaan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin iaitu Timbalan Ketua Menteri Sabah/ Menteri Pertanian dan Industri Sabah, ADUN N.18 Petagas, Encik Awang Saifudin Haji Jumat, Presiden Persatuan Belia Daerah Putatan bersama para artis jemputan. Majlis dimulai dengan bacaan doa Imam Muda Ali Khairuddin dan disusuli dengan ucapan Pengurus Aman Palestin Berhad, Cik Jumriati Abdullah. Ucapan beliau menjelaskan tentang keadaan saudara- saudauduk di daerah Putatan,Sabah. Tambahbeliau lagi, kesedaran ini perlulah disertai denat Islam di Palestin. Pendekatan ini dilakukan bagi mengambarkan keadaan sebenar di bumi Palestin.




 Selepas itu, majlis diteruskan dengan lakonan sketsa yang begitu menyayat hati oleh ahli-ahli Persatuan Siswazah Sabah. Lokanan mereka adalah berkisar tentang kekejaman tentera Yahudi Zoinist terhadap umat islam di Palestin. 
1 Hati Demimu Palestin dari PSS dan KRU
Inilah diantara peserta dari KRU Putatan dan KRU KK
1 Hati Demimu Palestin dari PSS dan KRU
Sesi bergambar sebelum persembahan sketsa bermula
Allahu Akhbar
Diantara peserta muslimat yang terlibat dalam sketsa



Turut menyerikan majlis adalah deklamasi sajak oleh Kumpulan Al Falah dari Klinik Cure and Care 1 Malaysia Papar dan nyanyian nasyid daripada Kelab Borneo Buskers



Penampilan Istimewa daripada Imam Muda Ali turut hadir dalam program ini
Imam Muda Ali bersama ahli KRU
Para pelakon persembahan sketsa bergambar bersama Imam Muda Ali

Persembahan nasyid solo oleh Imam Muda Ali Khairuddin. 

Perkongsian pengalaman selebriti daripada saudari Heliza Helmi adalah acara kemuncak yang mencuri tumpuan penonton.
Heliza Helmi bersama KRU
Heliza Helmi - 1 Hati Demimu Palestin
 Saudari Heliza Helmi berkongsi pengalaman menarik beliau di Gaza dan juga memaparkan gambar -gambar beliau dan keadaan di sana ketika menyertai Misi solariti ke GAZA. Beliau menekankan bahawa umat Islam secara kolektif haruslah sedar dan bangkit bagi membantu dan menyumbang sesuatu kepada umat Islam di Palestin. 

Disamping itu juga terdapat banyak booth jualan dan promosi juga dibuka sepanjang perhimpunan .
Antara jualan yang ada

tabung PALESTIN..

booth-booth jualan..

booth PEMBINA juga dibuka disana..
antara ahli-ahli PEMBINA yang terlibat..
Sesi Bergambar beramai-ramai bersama VIP, Imam Muda Ali dan Heliza Helmi



TAHNIAH buat pihak penganjur kerana berjaya menarik jiwa-jiwa belia dalam memperlihatkan keadaan saudara kita di sana.Diharap program-program seperti ini akan giat diadakan di seluruh SABAH..insya-ALLAH..

No comments:

Post a Comment