Sunday 8 June 2014

Kem Remaja Islam Putatan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani . Syukur buat-mu duhai pemilik cinta , Pencipta Cinta . Kerana cinta tinta ini terlakar . Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t berbekalkan kekuatan ukhuwah yang utuh Kelab Remaja Ukhuwwah Putatan (KRUP) telah menjayakan program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam .
Bertempat di Smk Tansau . Bertarikhkan 30 Mei - 1 Jun melakar memori indah bersama.Seramai 43 orang peserta dan 30 orang AJK sudah cukup memadai bagi kami untuk mengadakan program ini dengan jayanya

 Alhamdulillah dengan tema
 “Remaja Hari Ini Pemimpin Masa Hadapan"

Kem remaja Islam merupakan salah satu program yang dijalankan anjuran Persatuan Siswazah Sabah dengan kerjasama Kelab Remaja Ukhuwwah Putatan (KRUP)

Program ini bertujuan untuk mentarbiah anak muda dengan menyedarkan mereka hakikat islam yang hakiki . 

Menurut Islam,zaman remaja dikaitkan dengan istilah baligh dan apabila seseorang itu baligh, wajib ke atasnya melakukan segala hukum syarak dan meninggalkan perkara yang dilarang. Biasanya tanda baligh bagi kanak-kanak lelaki apabila bermimpi, manakala bagi kanak-kanak perempuan apabila keluar haid.

 Semua tanda itu menjadi penanda aras kepada pertukaran zaman daripada alam kanak-kanak ke alam remaja. Tugas mendidik golongan yang baru masuk ke alam remaja ini adalah tanggungjawab ibu dan bapa, guru-guru, masyarakat dan pihak kerajaan. 

Ringkasnya tugas mendidik remaja adalah tugas semua pihak.
Oleh itu hadirnya program-program sebegini merupakan salah satu alternatif mahupun usaha untuk melahirkan anak jiwa bangsa bukan sahaja cemerlang di dunia bahkan akhirat . In sya Allah .

Bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah jika semuanya kerana Allah .

Ayuh kita telusuri perjalanan dan pengisian disebalik Program KRIS Putatan sesi 2014 kali ini:

30 Mei 2014 - Jumaat
Sekitar jam 2.00pm peserta akan mendaftar dan solat Asar serta membaca Al-Mathurat sebelum taklimat Program bermula.

4.15pm: Taklimat Program daripada Moderator:

Dalam taklimat program peserta didedahkan tentang peraturan-peraturan dalam program, kawasan-kawasan program, dan sedikit pencerahan tentang tentatif serta Lagu Tema Peserta KRIS Putatan 2014 iaitu:

5.30pm: Peserta Hemat Diri dan Makan Malam ^0^

Sekitar Jam 6.30pm peserta akan Solat Maghrib Berjemaah, Chit-chat Maghrib dan kemudian Solat Isyak Berjemaah.

8;15pm: Islamic Discussion 1 : Aqidah Teras Jati Diri Muslim
Dalam slot ini sebelum peserta membincangkan tajuk Islamic Discussion ini peserta akan mengikuti sesi Ta'aruf (Ice Breaking)

Aqidah ialah kepercayaan dan keimanan yang kuat di dalam jiwa kepada Allah sehingga tidak mungkin akan terurai dan terputus

         

9.45pm: LDK 1(Tikus Membaiki Labu)
Dalam LDK ini akan mengaitkan dengan perbincangan mereka sebelum ini berkaitan dengan akidah, setiap peserta akan dibahagikan kumpulan dan diberikan kotak, pisau dan pita pelekat untuk mereka membangunkan satu baungunan yang kukuh dan cantik yang melambangkan Aqidah mereka.

Namun selang beberapa minit AJK dan Fasi menghancurkan kotak yang telah mereka bina kerana tak mampu menjaga dan menahannya dengan baik dan ada juga kumpulan yang berjaya menjaganya.
Kesimpulannya: Jangan anggap Aqidah yang kukuh tidak mampu runtuh. Ia mampu rapuh dek hanya persekitaran luaran seperti sahabat dan sosialisme malah dalaman seperti keluarga dan kefahaman kita. Berhati-hatilah dan jangan terlalu percayakan seseorang. Bukan mudah nak memperkukuhkan Aqidah kita banyak cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuhi.

Sebelum minum malam sesi pemilihan Penghulu dan Penghuluwati diadakan.
Penghulu memihak kepada peserta berbaju hitam
Penghuluwati memihak kepada peserta berbaju oren.

Sekitar jam 10.30pm peserta minum malam.

Akhir sekali Slot Sentuhan Kalbu sebelum peserta Himpun Daya (Tidur)

31 Mei 2014 - Sabtu
Sekitar jam 3.30am peserta akan dikejutkan untuk bangun berQiamullail & Munajat dan jam 4.30am Solat Subuh Berjemaah, bacaan Al-Mathurat dan Chit-Chat Subuh.
5.45am: Riadah. Peserta dibawah ke ruang lapangan untuk melakukan akitiviti riadah.

7.00am: Sarapan ^0^

Selepas sarapan peserta hemat diri dan kemudian bersiap sedia untuk slot seterusnya. Moderator membawa sedikit akitiviti untuk menghilangkan rasa mengantuk dan lemah ^_^

8.00am: Islamic Discussion 2 : Ibadah Pemangkin Muslim Sejati
Ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T. 

Al-Quran menjelaskan bahawa Ibadah sebagai ubudiyyah dan ketaatan.Firman Allah:
“ Hai orang-orang beriman,makanlah rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kepadaNya."

Seperti bisa Moderator akan memberikan sedikit aktiviti  sebelum ke slot seterusnya:

9:30am: LDK2 (Minuman 3 rasa & Count the Sheeps)

Minuman 3 rasa: Setiap kumpulan diberi pilihan untuk mengambil satu gelas yang mana setiap daripadanya mengandungi tiga rasa manis, masin dan tawar dan sebelum mereka meminumnya mereka dikehendaki meneka air apakah itu.

Count the Sheeps: Peserta diminta mengira jumlah kambing biri-biri mengikur jarak yang telah ditetapkan AJK.

10.00am: Minum Pagi


10.15am : Islamic Discussion 3 : Akhlak Bunga Diri
 Akhlak ialah kumpulan sifat yang bersemadi di dalam jiwa yang berdasarkan dorongan dan perkembangan sifat tersebut sesuatu perkara itu dikatakan baik dan buruk.



11.45 am : Qailullah
Para peserta berqailullah sehingga pukull 12.00 pm . Pada pukul 12.15pm Solat zohor berjemaah
Riwayat al-Bukhari dan Muslim : Malah dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim juga, bahawa pernah suatu ketika datang seorang lelaki buta kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang meminta keringanan untuk solat di rumah. Namun, tatkala lelaki itu hendak pergi, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memanggilnya dan bertanya, “Adakah engkau mendengar laungan azan?” Lelaki buta itu menjawab, “Ya.” Rasulullah sallallahu alaihi wasallam kemudiannya berkata, “Kalau begitu, penuhilah panggilan itu (solat secara berjemaah).”

Setelah selesai solat berjemaah para peserta menikmati hidangan yang dihidangkan oleh para AJK (makan tengahari


2.00pm : Persiapan malam seribu bintang



                                                3.40pm : Para peserta diminta untuk solat asar berjemaah.
                              Seterusnya para peserta membaca Al-mathurat dan minum petang.
                                                   Sekitar 4.15pm : Riadah
Setelah selesai beriadah para peserta Hemat diri  dan makan malam.

6.27pm : Solat Maghrib berjemaah dan KRU BEST


Wakil AJK Krup memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta berkenaan aktiviti KRU Putatan sepanjang KRUP ditubuhkan .



 7.43 pm : Solat isyak berjemaah


8.30 pm: Malam seribu bintang
Malam seribu bintang merupakan malam yang dinanti-nantikan kerana julung kalinya para peserta membuat persembahan dan dinilai oleh Juri aka wakil AJK . 




Sekitar pukul 10.30 pm : Minum Malam



11.00pm : Tidur 


==========================================================================
1 JUN 2014- AHAD


3.30am : Bangun 

Para peserta bersiap sedia untuk Qiamullail & Munajat 



                        4.37am : Solat Subuh Berjemaah 


Para peserta membaca Al-mathurat dan chit-chat subuh

 

                                                                  5.45am:Sarapan






6.15am : Explorace

 Para peserta diminta untuk mencari harta karun.Setiap kumpulan diberi 1 peta.Pada penghujung explorace,para peserta diminta untuk menggabungkan peta-peta tersebut menjadi peta besar



8.15am : Hemat Diri dan bersiap sedia untuk LDK 3



10.00 am : LDK 3 Slot resolusi

10.00am:Persiapan majlis penutupan
                                    
                                         
  
                                           10.30am:Majlis penutupan dan Minum Pagi










 Akhir sekali majlis menjemput Cikgu Zuraidah Hamdin selaku penyelia sidang petang Guru SMK Tansau bagi merasmikan majlis penutupan Kelab Remaja Islam bertempat di SMK Tansau bagi tahun 2014


11.15am : Lambaian Ukhuwah 

Dua orang yang saling mencintai earena Allah. Mereka berkumpul dan berpisah dengan sebab cinta karena Allah.” (HR. Bukhari no. 660 dan Muslim no. 1031)

Orang yang mencinta akan dikumpulkan bersama orang yang dicinta di akhirat kelak.
Dari Anas bin Malik, beliau mengatakan bahwa seseorang bertanya pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Kapan terjadi hari kiamat, wahai Rasulullah?”Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?”Orang tersebut menjawab, “Aku tidaklah mempersiapkan untuk menghadapi hari tersebut dengan banyak shalat, banyak puasa dan banyak sedekah. Tetapi yang aku persiapkan adalah cinta Allah dan Rasul-Nya.”Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata,

أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ
Kalau begitu engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.” (HR. Bukhari no. 6171 dan Muslim no. 2639)


 kami harap, moga persaudaraan kita tidak hanya di dunia, namun berakhir pula di jannah. Di dunia -selama hidup- moga kita saling menghendaki kebaikan satu dan lainnya.

>>>>More Photo<<<<


Saksikan Video Montaj KRIS Putatan 2014