Saturday 29 November 2014

Qiamullail Perdana November 2014


Asalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah berkat keizinan dari Rabb yang Esa berbekalkan kudrat yang ALLAH kurniakan buat KRU PUTATAN, berjaya mengendalikan program Qiamullail Perdana 2014 bertemakan "Demi Masa" . Pada 29-30 November 2014 adalah tarikh  yang bermakna buat para peserta dan AJK untuk melakar memori yang indah disamping mengisi waktu yang terluang untuk mentautkan Cinta Kepada Empunya Cinta

Menyedari hakikat masa itu adalah emas.Kami mengambil insiatif untuk menjadikan Demi Masa sebagai tema buat Qiamullail Perdana November 2014.Motif utama adalah untuk menyedarkan adik-adik khususnya para remaja untuk mengisi masa terluang sepanjang cuti sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat agar tidak lekang untuk memanfaatkan waktu yang bersisa agar lebih dekat kepada Khaliq

Memetik ayat cinta dari surah(Al-'Asr 103:3)  Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Jelas menunjukkan pada kita, kita sebagai hamba kepada Rabb yang Esa hendaklah bijak untuk mengendalikan dan memanfaatkan waktu yang dikurnia dengan perkara yang bermanfaat.Seterusnya,


Memetik kata-kata Imam Nawawi di dalam kitab a-Majmuk.Terdapat dua nikmat yang selalu dilupakan oleh manusia iaitu masa lapang dan sihat , kerana ia manusia selalu lapang dan sihat berbanding terlalu sibuk dan sakit 

Sekiranya ingin menjadi mukmin yang cemerlang dunia dan akhirat , manfaatkanlah waktu yang adA dengan perkara yang berfaedah agar dapat menguntungkan islam wa ummah.

Hayya ! Kita telusuri perjalanan program Kelab Remaja Ukhuwwah Putatan Qiamullail November 2014 :)

SABTU (29 NOV 2014) 4:00 PM


kaunter pendaftaran dibuka seawal 4:00 pm


Diantara barang jualan yang dijual untuk bekalan peserta sepanjang program dijalankan selama 2 hari 1 malam.



Sabtu 29 Nov 2014 (5:00 p.m)


Setelah selesai pendaftaran para peserta diminta untuk berkumpul untuk memulakan sesi taaruf (berkenal-kenalan) sesama AJK dan juga para peserta.

Para peserta khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh abang Azlan






Sabtu 29 Nov 2014 (5.58pm)







Sabtu 29 nov 2014 ( 7.35pm)




Berkumpul menghadapi hidangan dan makanan secara berjama’ah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadits berikut: "Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu" (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).




Sabtu 29 nov 2014 ( Jam 8:00 pm)

Setelah selesai isyak dan makan malam berjemaah. Program diteruskan lagi dengan Kuliah "Demi Masa




Sabtu 29 nov 2014 (9.30 pm)


LDK kali ini amat menarik kerana aktiviti kali ini menuntut para peserta agar lebih peka dan mempunyai semangat kerjasama yang jitu.Para peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan.Para peserta diminta untuk membuat bunyi haiwan, antaranya bunyi kuda ,ular,ayam.Setiap ahli kumpulan diminta untuk bersama-sama membuat bunyi haiwan secara serentak.Kumpulan yang gagal melaksanakan tugas , mahupun membuat bunyi haiwan secara serentak akan dikenakan denda.Ibrah daripada game tersebut adalah kita hendaklah sentiasa peka dengan arahan yang diberikan seterusnya , kita hendaklah mempunyai semangat kerjasama untuk melaksanakan tugas yang diberikan. Wallahua'alam

Setelah selesai LDK para AJK diminta untuk berkongsi pengalaman, dan perasaan sepanjang menyertai program KRU PUTATAN.Gambar tersebut adalah diantara srikand-srikandi KRU PUTATAN yang berkongsi pengalaman , dan perasaan sepanjang mengikuti program KRU PUTATAN lebih daripada setahun.Tepat jam 11 malam para peserta dan ajk diizinkan untuk rehat dan bersiap sedia untuk bermunajat kepada ALLAH pada pukul 3.30 am









=======================================================================





Ahad 30 November 2014 (3.30 a.m)

Waktu yang terbaik untuk merintih dan bermunajat kepada Ilahi adalah pada disepertiga malam . ALLAH sentiasa menanti kita , hamba-hambanya merintih dan bermunajat kepada-Nya . Oleh itu sebagai hamba kita dituntut untuk mengorbankan waktu yang bersisa agar mentautkan cinta kepada Pemilik Cinta yang Hakiki.
(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)."

(Surah Ali-'Imran ayat 3)


Ahad 30 November 2014 (8.00 a.m)

Setelah selesai riadah dan solat sunat Dhuha berjemaah , para peserta menikmati hidangan yang disediakan oleh para AJK . Seterusnya , majlis diteruskan lagi dengan pembentangan dari AHLI JAWATAN KUASA TERTINGGI untuk membentangkan tanzim bagi Tahun 2015





Ahad 30 November 2014 (9.30 a.m)

Doa Wehdah

Alhamdulillah ala kulli hal wa nikmah akhirnya , Qiamullai Perdana November 2014 telahpun melabuhkan tirainya , terima kasih kepada AHLI JAWATAN KUASA yang bertungkus lumus untuk menjayakan program tersebut .Tidak lupa , juga kepada para peserta yang sudi menghadirkan diri untuk mengikuti program Kelab Remaja Ukhuwwah Putatan . Semoga kita kekal utuh untuk melaksanakan yang makruf dan meninggalkan perkara yang mungkar.

#KRU IS BACK

KLIK SINI  untuk album Qiamullail Perdana November 2014


























Friday 28 November 2014

Qiamullail Perdana Kelab Remaja UKhuwwah November

Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan kini kembali yang akan berlangsung pada 29-30 November 2014 di Masjid Daerah Putatan hujung bulan ini. 

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Jangan lepaskan peluang. Isilah masa cuti sekolah anda dengan aktiviti yang bermanfaat.

Pendaftaran boleh dibuat dengan menaip NAMA_SEKOLAH hantar ke 019-822 6881 atau melalui borang daftar online dihttp://goo.gl/forms/7FAAYR8w9J

Usrah Muslimin PSS & KRU Putatan.

-23 November 2014
-Masjid Daerah Putatan

Sunday 23 November 2014

Usrah Muslimat Pss & Kru Putatan

-23 November 2014
-Pantai Teluk Villa 
Semoga terus utuh tautan ukhuwwah yang terbina