Sunday 25 August 2013

Usrah Muslimat PSS & KRU Putatan

Bismillahirrohmanirrohim, Ya Allah engkau selamatkanlah Saudara islam kami di Mesir yang sedang bertarung nyawa bertumpah darah melawan musuh islam~

Usrah Muslimat adik-adik Muslimat  KRU Putatan di Masjid Daerah Putatan dan Solidariti Pray4Mesir yang pada ketika Usrah ini berlangsung di Mesir pepe-rangan telah berlagnsung. Peringatan buat adik-adik Usrah.
Usrah Muslimat PSS & KRU Putatan dan Solidariti Pray4Mesir
Pray4Mesir, R4BIA, Usrah

Usrah Musimin PSS & KRU Putatan

Alhamdulillah, Sujud Syukur di atas keizinanMu adik-adik Muslimin KRU Putatan dihidangi dengan Usrah di Masjid Daerah Putatan mengupas isu dan sejarah ketamadunan zaman dahulu yang berlaku di bulan Islam yakni Bulan Zulhijjah untuk dijadikan ikhtibar dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Tanpa masa lalu takkan mampu kita perbaiki diri untuk masa hadapan :)

Wednesday 14 August 2013

Konvoi Raya Aidilfitri 2013

Salam Syawal dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.. Sempena bulan Syawal yang penuh mulia ini pertama sekali kita mohon pada Allah mudah-mudahan bulan Ramadhan yang telah kita susuli mendapat berkat dari Allah dan puasa serta ibadah kita diterima oleh Allah.

Dalam bulan Syawal ini ziarah-menziarahi ke rumah keluarga, saudara, sahabat dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara kita semoga ukhuwwah kita bertambah erat ^_^

Driver Hasmadi Hasbi Naqib KRU Putatan merupakan ketua perjalan kami dalam konvoi raya ini~ Perjalanan kami bermula sekitar jam 9 pagi..


Menggunakan 3 kereta untuk konvoi kali nhe (kereta Candra yang bernama Maimunah, kereta exora abg madi yang bernama Ali, dan kerata Viva Faidhi yang bernama Zukifli) Y(^_^)Y


Beraya ke rumah pertama (Maria Ilyana) [tudung pink] bertempat di Pasir Putih, Putatan, Sabah.


Rumah yang kedua adalah rumah Nurapni Junaini, [baju kurung hijau] T.Pengerusi KRU Putatan di Kg Dumpil, Ketiau, Putatan, Kota Kinabalu, Sabah.



Rumah yang ketiga rumah Marni [muslimat paling kanan dalam gambar] yang merupakan T.Pengerusi KRU KK. di Kinarut, Papar, Sabah. Solat Zohor di surau Kinarut sebelum meneruskan perjalanan ke Papar..


Mee yang kat gambar ini sedap dipandang malah sedap dimakan, semua tambah dua kali mee ini di rumah abang Fezri..Yum2x;D


Kami meneruskan perjalanan ke rumah abg Fezri di Papar, Sabah.


Meneruskan perjalanan ke rumah Mohd Mirza Syafiq di Kg Sapat, Papar , Sabah. Rumah ini di penuhi banyak kucing :3 Solat Asar di Surau sini sebelum meneruskan ke destinasi berikutnya.


Sampai rumah yang ke-6 di rumah abg Zaiem juga di Papar, Sabah.


Salah seorang ahli NSDA (Band KRU Putatan )bermain Piano dengan lagu-lagu raya bagi memeriahkan lagi konvoi ini di rumah kak Wani >.<


Sebelum balik ke Putatan ziarah ke rumah Kak Wani di Papar, Sabah. Solat Maghrib di sini dan gerak ke Putatan ~.~


Alhamdulillah, sampai ke Putatan tepat-tepat waktu Isya'. Berjema'ah Solat Isya' di Masjid Daerah Putatan sebelum ke rumah berikutnya.



Rumah yang seterusnya kami ziarah ialah rumah Naqib kami abg Madi (Hasmadi Hasbi). Alhamdulilah, dapat lebih banyak maklumat mengenai keluarga abg madi ^_^


Dan ini adalah rumah yang terakhir iaitu rumah Kak Paidah dan jam menunjukkan jam 10 malam.

Rumah yang dilawati secara keselurahan ialah 9 rumah 4 di Putatan 1 di Kinarut 4 di Papar yang mengambil masa 8 Jam dalam sehari namun semua ini tidak berbaloi.

Semoga ukhuwwah diantara kami akan bertambah erat. Sentiasalah ziarah-menziarahi rumah  sahabat dan saudara kerana ini adalah salah satu cara mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. ^_^

More Photo

Friday 2 August 2013

Iftar Jama'ie & Cit-Chat Ramadhan Siri III


Alhamdulillah, berbuka puasa bersama-sama kali ke-3, InshaAllah dapat merapatkan lagi hubungan dan ukhuwwah sesama mereka. Kali nhe di SMK TAnsau pula, di mana-mana sekolah pun mereka tetap sempoi tanpa rasa segan pun kerana itulah mainsnya berukhuwwah ^_^