Showing posts with label Kembara Kru Putatan. Show all posts
Showing posts with label Kembara Kru Putatan. Show all posts

Saturday, 16 August 2014

Persembahan Qasidah Kru Putatan




Persembahan Qasidah KRU Putatan bertempat di Dewan Foochow, bukit padang. Sempena himpunan kanak-kanak perantauan Kelantan

Saturday, 2 August 2014

Konvoi Raya PSS & KRU Putatan


Konvoi Raya PSS & KRU Putatan pada 2 Ogos 2014
-Gunakan 'nikmat' selfie sebaik mungkin demi merapatkan hubungan sesama insan.
-Dalam mana kita bergembira , selitkan doa untuk saudara kita yang menghadapi dugaan dan penderitaan yang tidak dapat menyambut syawal dengan aman dan tenang


Tuesday, 31 December 2013

Street Da'wah : My Aurah, My Pride

Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya.Apabila diletak di tempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri Apabila dibekal dengan ilmu di dada akan menjadi cendekiawan bijak bestari.Seorang muslimah akan dikenang sebagai suri sang jejaka , menjadi ibu kepada puteri dan putera dan pertiwi seisi busana.

Aurat itu adalah amanah daripada ALLAH buat muslimin dan muslimat untuk menutupnya dengan sempurna dan pelihara dengan sebaiknya . Sebagaimana firman Allah Swt dalam Surah Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan).
Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasan tubuhnya, kecuali kepada suaminya bapanya bapa suaminya anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan- umpanya pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan dan kanak-kanak yang belum mempeunyai pengertian kepada aurat perempuan.
Dan janganlah mereka pukulkan kakinya supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang atau rantai kakinya nampak).
Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah swt. Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
(Surah An-Nur ayat 31:26)
Aurat bermaksud kecacatan, keaiban, dan kekurangan yang mesti ditutup. Dalam bahasa syaraknya ialah sesuatu yang mesti ditutup dan haram dipertontonkan.
Pecahan-pecahan aurat antaranya ialah:
- Antara lelaki (ajnabi) dengan perempuan (ajnabi) : Aurat adalah seluruh tubuh badan kecuali wajah dan tapak tangan.
- Antara perempuan (ajnabi) dengan lelaki (ajnabi): Aurat adalah seluruh tubuh badan kecuali wajah dan tapak tangan.
- Aurat wanita dengan wanita yang baik akhlaknya (Muslim): Aurat adalah antara pusat hingga lutut.
- Aurat lelaki dengan lelaki: Aurat antara pusat hingga lutut.
 Oleh itu kali ini ahli KRUP terpanggil untuk menyertai anjuran Nisa' bagi menganjurkan program Street Da'wah My aurah My pride . 
Berikut merupakan diantara ahli Krup yang ringan tulang bagi menjayakan program anjuran Nisa'
Boleh rujuk album ni  untuk mengetahui aktiviti-aktivi yang dilakukan sepanjang berlakunya program tersebut

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
 “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”
 (Hadith Riwayat Muslim, bernombor 3971)
Pada zaman mutakhir ini, tipu daya terlalu banyak dan berleluasa. Mana-mana manusia juga tidak terlepas dari pautan nafsu dan noda. Namun, beruntunglah bagi insan yang dapat menjaga nafsunya dari terjebak dalam kancah dosa dan berusaha menggembirakan dan mengutamakan Tuhannya dalam sebarang urusan berbanding keinginan sendiri.

Sunday, 8 December 2013

Ukhuwah Pantai

Biarlah gambar yang berbicara , menukilkan kata yang bersulamkan iman dan takwa
Ahli KRUP mengerjakan solat Subuh berjema'ah di atas pasir pantai Tanjung Dumpil (Bukit Vor) dan riadah di pantai, Manisnya berUkhuwah andai ditauti dengan akhlak yang indah dan niat kerana Allah

Friday, 22 November 2013

Kembara Malam Cinta Rasul Kru Putatan

Sudah menjadi adat dan lumrah berkasih,seorang kekasih akan sering menyebut dan mengingati kekasihnya.Justeru apabila hati seseorang itu telah mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasulullah saw,maka lidahnya akan sering menyebut nama Kekasihnya SAW dan kotak fikirannya akan sentiasa mengingati Baginda saw.

Alhamdulillah kali ini  beberapa ahli KRU Putatan melakukan pengembaraan ke Papar untuk mengikuti Program Malam Cinta Rasul di Dewan Masyarat Papar.
Kembara Malam cinta Rasul      

  Selawat Salam buat Rasulullah..Beberapa adik KRUP bersama KRU kawasan yang lain menghadiri Malam Cinta Rasul di Masjid Bandaraya 22 November 2013 dengan alunan Qasidah bersama Habib Najmuddin, AlMawlid dan Kumpulan Qasidah Nurul Musthofa..
Gambar bersama adik kecil yang pernah disiarkan di dalam TV AlHijrah dalam Program Cinta Masjid sebagai permain alat Muzik