Showing posts with label Non-Stop Da'ie Anthem. Show all posts
Showing posts with label Non-Stop Da'ie Anthem. Show all posts

Wednesday, 31 December 2014

Qasidah 2014



Qasidah KRU Putatan & Non-Stop Da'ie Anthem (Band KRU Putatan) yang dijemput membuat persembahan untuk menjayakan Sambutan Hijrah D'Ambang Tahun Baru bertempat di Masjid Hj Hashim, Sipitang, Sabah


Sunday, 28 July 2013

Latihan Persembahan NSDA


Islam berdakwah dengan pelbagai cara dan cabang dan seni muzik juga merupakan salah satu tarikan untuk mereeka lebih tertarik dengan islam khususnya buat remaja dan alhamdulillah, penubuhan NSDA (Band KRU Putatan) telah banyak menarik minat remaja untuk mengikuti program-program KRU Putatan. Semoga remaja pada zaman ini tidak akan pernah leka terhadap kewajipan mereka sebagai muslim ^_^.
NSDA bakal mempersembahkan 2 buah lagu iaitu Law Kana Bainana dan Jangan Menyerah di UNITAR, Kota Kinabalu, SABAH

Thursday, 14 February 2013

Konsert Mini Malam Raikan Cinta


14 Februari 2013, Teluk Likas,Kota Kinabalu, SABAH - Buat julung kalinya, PSS telah menganjurkan sebuah konsert mini. Konsert yang dirancang kurang daripada seminggu ini telah dijayakan oleh PSS dan KRU dari dua kawasan iaitu Kota Kinabalu dan Putatan.

Persembahan dari Non-Stop Da'ie Anthem (Band/Baskin KRU) telah membuka tirai konsert pada malam tersebut. Konsert yang disebut juga sebagai Konsert Mini Malam Raikan Cinta mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat khususnya sekitar Kota Kinabalu. Antara objektif konsert ini dianjurkan adalah memberi kefahaman kepada masyarakat terutama golongan muda tentang beberapa isu gejala sosial yang kian menular sambil berhibur dengan hiburan yang bermanfaat.

Antara pengisian bermanfaat yang menyerikan konsert pada malam tersebut adalah seperti persembahan Baskin dari kumpulan Non-Stop Da'ie Anthem (Band KRU), persembahan silap mata daripada Din Entertainment, penyampaian hadiah bertuah, dan Talk Show Cinta. Konsert ini merupakan klimaks kepada Street Dakwah "No To Valentine" yang telah berlangsung selama 4 hari iaitu pada 10 hingga 13 Februari 2013 di beberapa lokasi strategik dan terpilih sekitar Kota Kinabalu.

Talk Show Cinta telah dikendalikan oleh saudara Azizul Julirin (Setiausaha Agung PSS) yang juga menampilkan dua orang ahli panel iaitu Ustaz Fadhli (JAKIM Sabah) dan saudara Nazree (Wakil Belia). Bual bicara santai ini telah diselang-seli dengan persembahan nyanyian dari Non-Stop Da'ie Anthem, persembahan silap mata dan penyampaian hadiah kepada yang bertuah. Ternyata, talk show yang berlangsung lebih kurang dua jam itu telah berjaya mengulas dan mengupas beberapa isu tentang Cinta. Hadirin juga diberi ruang untuk mengajukan soalan kepada ahli panel untuk dijawab.

Istimewanya konsert pada kali ini, ianya telah ditayang secara langsung melalui internet dan penonton yang tidak berkesempatan menghadiri konsert ini boleh menontonnya secara langsung di internet.

PSS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan konsert yang pertama kali dianjurkan oleh PSS ini. Semoga, program-program seumpama ini mampu mengajak lebih ramai masyarakat terutama golongan remaja dan belia untuk memahami Islam.
AJK Solat Berjemaah di atas rumput (Belakang Pentas)

Adik-adik pun bertuah malam ni.
Serikandi bertuah malam itu.
Abang nie & keluarganya bertuah pada malam itu.
Artis Non-Stop Da'ie Anthem bersedia untuk memulakan persembahan.
Saudara Azizul mengendalikan Talk Show.
Antara penonton yang hadir
PA System
Terhibur dengan persembahan
Presiden PSS (tengah) bersama gitaris & vokalis utama Non-Stop Da'ie Anthem
Behind The Scene
Tim Media sedang merakam dan membuat siaran langsung di Internet.
Pertunjukkan Silap Mata
Banner Konsert
Geng PSS & KRU Putatan
   
Koleksi Gambar di sini

Sunday, 10 February 2013

Street Dakwah "No To Valentine"


Hari Pertama

10-13 Februari 2013, Kota Kinabalu, SABAH - PSS sekali lagi mencatatkan sejarah apabila menganjurkan kempen yang dinamakan Street Dakwah "No To Valentine" selama 4 hari berturut-turut yang bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan negatif sambutan Valentine khususnya kepada masyarakat Islam.

Lokasi Street Dakwah seperti berikut :
10 Februari 2013 - Gaya Street, Kota Kinabalu, Sabah
11 Februari 2013 - 1 borneo, Kota Kinabalu, Sabah
12 Februari 2013 - Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah
13 Februari 2013 - Wawasan Plaza & Water Front, Kota Kinabalu, Sabah

Menariknya, program pada kali ini menampilkan Band KRU yang baru ditubuhkan pada Disember 2012 yang lalu. Mereka lebih dikenali sebagai Non-Stop Da'ie Anthem. Selain persembahan Baskin (Band Jalanan) yang ternyata menarik perhatian umum dengan nyanyian lagu-lagu kontemporari yang telah diubahsuai liriknya, aktivis PSS & KRU turut mengedarkan risalah dan mengumpulkan tandatangan masyarakat sebagai tanda sokongan kepada kempen ini.

Sebagai kemuncak kepada Street Dakwah ini, satu Konsert Mini telah diadakan di Teluk Likas pada malam 14 Februari 2013. Konsert yang dinamakan Konsert Mini Malam Raikan Cinta ini mendapat sambutan yang memberansangkan dari masyarakat sekitar Kota Kinabalu.

Program yang julung-julung kali diadakan ini dijayakan hasil kerjasama dari PSS & KRU tiga buah kawasan iaitu Putatan, Kota Kinabalu dan Tuaran. Banyak maklumbalas diterima daripada masyarakat dan PSS mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas semua maklumbalas tersebut.
Hari Kedua
Hari Ketiga
Hari Keempat
  
Koleksi Gambar :