Wednesday 28 November 2012

Larian Hijrah PSS dan KRU Putatan.


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt.



15 November 2012, Perdana Park, Tg Aru, KK 
- Alhamdulillah PSS dan KRU Putatan sama sama menginfaqkan sedikit masa menjayakan program Larian Hijrah yang diadakan di Perdana Park, Tanjung Aru bersempena dengan sambutan Ma'al Hijrah. Alhamdulillah lebih kurang 50 orang peserta dari SMK Tansau dan SMK Putatan yang menyertai Larian Hijrah ini. Ada juga adik adik dari sekolah rendah yang turut join Larian Hijrah kali ini. Alhamdulillah, dapat sama-sama kita rapatkan ukhuwah. Abang Hasmadi, Kak Asma dan Kak Ervy selaku fasililator juga turut turun padang untuk sama-sama mengimarahkan program ini.
Walaupun hari hujan, program tetap berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah :-)

7:30 - Semua peserta berkumpul di dataran Perdana Park.
8:00 - Abang Hasmadi menyampaikan upacan dan melakukan sedikit aktiviti 'warm-up' sebelum memulakan aktivit-aktiviti seterusnya. Aktiviti warm-up pada pagi itu ialah permainan "Sad-Mad-Glad" 

Peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan. 4 kumpulan muslimin dan 4 kumpulan muslimat.

Aktiviti pertama : Teka Tokoh.
-Peserta dikehendaki mencantum gambar gambar tokoh Islam. 

Aktiviti kedua : 
-Peserta diarahkan untuk menyusun perjalanan hidup Rasulullah SAW semasa penghijrahan beliau dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Aktiviti ketiga
-Peserta dikehendaki meneka nama sahabat sahabat yang banyak membantu Rasulullah SAW dalam penghijrahan Baginda. 
-Peserta juga turut diberi 'clue' dan sedikit penceritaan bagi setiap nama sahabat sahabat Rasulullah.

Aktiviti keempat
-Peserta 'dikejutkan' dengan satu aktiviti yang mencabar akal dan minda, iaitu menukar dan menyanyikan lirik lagu 'Maal-Hijrah' dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris. "Oh My English" Hehe.
-Seterusnya setiap kumpulan mesti menghantar seorang wakil untuk mendeklamasikan sajak 'Maal-Hijrah'

Selepas selesai semua aktiviti, lebih kurang 10:30 bacaan Doa Wehdah dan Lambaian Ukhuwwah diadakan sebelum mengakhiri program, . Alhamdulillah, selepas selesai bacaan Doa Wehdah dan Lambaian Ukhuwwah, program Larian Hijrah diakhiri dengan sesi fotografi. 

Syukran jazilan kepada semua peserta yang menjayakan Larian Hijrah kali ini juga Abg Hasmadi, Kak Asma, juga Kak Ervy yang menyediakan minuman buat peserta :-)

Peserta Muslimin.

Peserta Muslimat.

Peserta 'cilik' yang turut serta program kali ini :-)

Abang Hasmadi sedang berucap :')

Peserta Muslimin dan Muslimat khusyuk mendengar apa yang disampaikan oleh Abg Hasmadi sebelum memulakan aktiviti.

Semua dah sedia. Dah bersemangat! 

Gelak ketawa bersama. "Sad-Mad-Glad"

Aktiviti pertama: Mencantum gambar tokoh. Chaiyok chaiyok! :)

Aktiviti kedua :-)

Selepas hujan lebat. Peserta masih segar untuk aktiviti seterusnya.

Peserta muslimat mengikut kumpulan :-) 


Semoga PSS dan KRU Putatan sentiasa diberkati Allah SWT dan dipermudahkan dalam setiap program dan aktiviti-aktiviti akan datang, insyaAllah. Amin amin ya rabbal alamin :)

Wallahu'alam.










Monday 19 November 2012

Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan (November 2012)



17-18 November 2012 , SMK Putatan - Alhamdulillah.. PSS dan KRU Putatan telah berjaya menjalankan Program Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan.  Seramai 69 orang peserta yang telah mengikuti Program Qiamullail Perdana..
Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan bertemakan "Hijrahkan Dirimu".. Tema ini digunakan sempena bulan Hijrah yang baru sahaja menjelang tiba. Program Qiamullail Perdana PSS & KRU Putatan kali ini telah dijalankan di SMK Putatan. Selain itu , kedatangan 2 orang PSS Kota Kinabalu (muslimat) telah memeriahkan lagi program pada kali ini..

(17 November 2012, SMK Putatan)
Pendaftaran bagi peserta telah dimulakan selepas menunaikan solat asar secara berjemaah di Surau SMK Putatan. Setelah selesai menunaikan solat asar.. Taklimat program di berikan oleh Fasilitator muslimin iaitu abang Hasmadi Hasbi. Usai sahaja sesi taklimat , peserta diberi masa untuk mengurus diri. Apabila azan maghrib telah berkumandang, semua peserta diminta bersiap sedia untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Setelah selesai menunaikan solat maghrib.. sementara menunggu masuk waktu isyak, program diteruskan lagi dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).. Para peserta telah dihidangkan makan malam setelah selesai menunaikan solat isyak.. setelah itu , program diteruskan lagi dengan sembang ilmiah yang disampaikan oleh abang Renifezri Mohamad bertajuk 'Hijrah Remaja'. Semoga apa yang disampaikan oleh abang Fezri , dapat dimanfaatkan oleh para peserta. Selepas itu , modul menarik dijalankan dan minum malam dihidang sebelum slot muhasabah dijalankan. Slot muhasabah dikendalikan oleh abang Mohammad Sazali dan Mohd Shah Rizal. Usai sahaja slot tersebut.. para peserta membaca Al-Mulk dan masuk tidur.

(18 November 2012, SMK Putatan)
Para peserta bangun pada jam 3:30 a.m untuk menjalankan munajat dan Qiamullail. di teruskan dengan solat subuh secara berjemaah. Alhamdulillah..usai sahaja menunaikan solat subuh, 'sembang subuh' pun dimulakan.. selesai sahaja sembang subuh, Al-Mathurat dibaca.. Setelah itu , disambung semula dengan slot 'cergas-cerdas'.. peserta muslimin berkumpul di tapak  perhimpunan sekolah.. manakala pula , peserta muslimat berkumpul di gelanggang bola jaring. setelah selesai , peserta muslimin kembali ke asrama dan peserta muslimat ke surau untuk mengurus diri. kemudian , semua peserta berkumpul di surau untuk menyaksikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pimpinan KRU Putatan 2012/13.. penggulungan dan refleksi di teruskan.. wakil dari peserta muslimin dan muslimat untuk menyatakan pengalaman mereka sepanjang program ini berlangsung. Seterusnya , PSS Kota Kinabalu memperkenalkan diri masing-masing. Alhamdulillah program diakhiri dengan bacaan Doa Wehdah dan Lambaian Ukhuwwah. Sebelum semua peserta meninggalkan tapak program , sesi fotografi dijalankan untuk menambahkan lagi koleksi album 'ukhuwwah'.



Kaunter Pendaftaran bahagian muslimin

sms : Ibu , saya dah daftar Qiam.. :)


'Meriah' - kaunter Pendaftaran bahagian muslimat

Bacaan Al-Mathurat oleh Pengerusi KRU Putatan - Candra Murthy Subagio


semangat menyanyikan Lagu Tema - Menuju Wawasan


'kuat usaha jujur dan amanah , sentiasa mengharap keredhoan Allah...~'


hidupkan sunnah Rasulullah SAW..
tradisi makan dalam talam dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita :)


cuci bersih2 erk.... :)


Abang Syazwan pun ada.. ^^


saya ! saya ! saya ! :)


Latihan Dalam Kumpulan (LDK)...

tekun mendengar kata-kata daripada Kakak Hidayah..


kami sudah bersedia ! :) - cergas cerdas muslimin

cergas cerdas muslimat..

baru nak ta'aruf ye.. Alhamdulillah... terpancar keceriaan pada wajah mereka :)

Sabar menanti slot seterusnya.. :)

Pengerusi KRU Putatan 2012/13 - Saudara Candra Murthy Subagio


 dari kiri - Hairi Khuzairi Bin Hanafiah : Ketua Lajnah Kepimpinan dan Organisasi
                Azwan Dee Bin Jamil : Bendahari
                Al-Basri Bin Samson : Ketua Lajnah Tarbiyyah dan Dakwah 
               Candra Murthy Subagio : Pengerusi KRU Putatan


dari kiri - Amirah Binti Amsah : Penolong Lajnah Tarbiyyah Dan Dakwah
               Fathin Nadhirah Binti Rosman : Penolong Lajnah Kepimpinan Dan Organisasi
               Nurapni Binti Juraini : Timbalan Pengerusi KRU Putatan

Fasilitator Muslimat :)


Fasilitator dari jauh..dari Bongawan.. :) 

semua peserta dan fasilitator tak kering gusi dengan telatah adik Hafizam.. Alhamdulillah.. 


- jumpa lagi Abang Hasmadi..
-semoga istiqomah dalam mengikuti program.. :)
sekian... assalammualaikum w.b.t :)