Thursday 4 December 2014

Rehlah Muslimat Kru Putatan 2014

Asalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Alhamdulillah ala kulli hal wa nikmah, kali ini program Kelab Remaja Ukhuwwah telah mengisi masa para remaja khususnya Muslimat Kelab Remaja UIkhuwwah Putatan dengan aktiviti yang bermanfaat.Bertarikhkan 4 disember 2014 telah diadakan program khusus buat muslimat iaitu Rehlah Muslimat Kru Putatan bertempat di Tanjung Aru Beach Kota Kinabalu Sabah.

Rehlah muslimat dimulakan dengan perkongsian ilmiah daripada Kaka Naqibah.
Seterusnya aktiviti diteruskan lagi dengan , aktiviti bulatan gembira.
Setelah selesai aktiviti bulatan gembira dan ukhuwwahfillah.

Rehlah Muslimat Kru Putatan diteruskan lagi dengan permainan bola kampung.


Para peserta diagihkan kepada dua pasukan

AJK yang terlibat bagi menjayakan Rehlah Muslimat Kru Putatan

Para peserta diarahkan untuk memakai kain batik untuk bermain permainan bola kampung
Setelah selesai bermain permainan bola kampung .
Sesi ^_^ bergambar bersama ajk dan peserta
Akhir sekali setelah selesai bermain permainan bola kampung . Para peserta menjamah makanan yang disediakan oleh AJK yang terlibat bagi menjayakan program.


Sementara menanti bas untuk berangkat pulang ke Masjid Daerah Putatan para peserta dan AJK mengambil kesempatan untuk bergambar sebagai memori bersama :)


Alangkah indahnya ukhuwwah sekiranya dibaluti dengan iman dan takwa
Semoga terus utuh ukhuwwah yang terbina .
Terima kasih kepada peserta dan AJK yang terlibat bagi menjayakan program Rehlah Muslimat KRU PUTATAN 2014



"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."
— Imam Al-Ghazali



No comments:

Post a Comment