Friday 19 December 2014

Liqo Fikree KRU PUTATAN

Allahumma shalli ala sayyidina muhammad 

Wahai Rabb kami panjatkan syukur ke atasMu atas limpah nikmat hidayah yang bersisa di qalbu kami.Berkat keizinanMu kami bersua untuk berkongsi dan menuntut ilmu untuk menggapai redhaMu Alhamdulillah ala kulli hal wa nikmah sedikit sebanyak perkongsian ilmu ,Liqo Fikri KRU PUTATAN bertarikhkah 19 december 2014 bertempat di Masjid Daerah Putatan.

Diantara input yang bermanfaat yang dapat dikongsi bersama adalah wasiat AS -SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA :

1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Semoga kita sama-sama kekal istiqamah untuk melaksanakan yang makruf dan meninggalkan perkara yang mungkar . WALLAHUA'ALAM .

No comments:

Post a Comment