Alhamdulillah wa barakatillah .. kalungan apresiasi buat para peserta dan ajk yang menjayakan program Qiam kali ini . Bertarikhkan 25-26 Januari melakar sejarah buat tahun 2014. Seramai 183 penyertaan bilangan peserta yang amat mengejutkan , tidak diduga peserta qiam mempunyai bilangan yang besar .
Qiam kali ini bertemakan Siapakah Kekasih hatiku ?
Mungkin soalan seperti inilah yang sering kali meniti dari bibir ke bibir seluruh umat manusia berkenaan dengan "Kekasih" kita semua sedia maklum . Kekasih ini adalah insan yang dicintai dan kehadirannya di nanti , Tema Qiam kali ini khusus buat para remaja , yang seringkali ditanya oleh nafsu empunya diri ? Siapakah kekasih hatimu ?Oleh itu hadirnya Qiam ini , bertujuan untuk menjawab persoalan tersebut .
Mahabbah, sebuah ungkapan kecintaan. Cinta yang muncul dari hati dan perasaan seseorang atas suatu hal. Cinta terhadap pasangan, cinta kepada orang tua, dan cinta terhadap anak, istri, serta kerabat.
Kekuatan cinta mengalahkan kebencian. Mengikis permusuhan dan benih konflik. Begitu dahsyat erti cinta. Cinta, kata Imam Syafiie, menggiring orang untuk mengikuti apa pun titah sang kekasih. Innal muhibbi lima yuhibbuhi muthi'.
Cinta itu akan lebih berharga dan bererti, kata Syekh Husain bin Qasim al-Qathis, bila ditujukan kepada Rasulullah. Melalui artikelnya berjudul “Mahabbatun Nabi”, ia mengatakan, cinta terhadap Rasulullah adalah kewajiban bagi setiap Muslim. Mencintai Allah SWT, maka harus dibuktikan dengan ketaatan terhadap Rasul-Nya. Cinta terhadap Rasul adalah puncak keimanan Muslim.
“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (QS. at-Taubah [9]: 128)
Andai Rasulullah masih ada ? Adakah kita mampu untuk meluahkan rasa cinta ? tidakkah kita berasa malu tatkala meluahkan mahabbah kepada Dirinya walhal apa yg diperintahkan olehnya kita tidak mampu untuk melaksanakannya . Wahai Rasulullah di waktu ini hadirmu pasti akan berlinangan air mata saat melihat kami umatmu terbuai dengan nikmat dunia dengan arus kemaksiatan . Wahai Rasulullah dirimu pasti sedih tatkala melihat kami umatmu disaat ini bertuhankan nafsu .. harta,pangkat menjadi rebutan dan meninggalkan kewajipan.Kami alpa dengan Janji-Janji Tuhan yang sudah termaktub di dalam kitab suci al-Quran . Ibadah kami pula terasa berat tidak tertahan , hidup tidak lagi berpaksikan Al-quran , halal menjadi haram manakala haram menjadi halal . Wahai Rasulullah , rumah kami semakin gersang dari solat , zikir dan doa . Hanya Tarian lagu dan hiburan melalaikan memenuhinya , Dosa kami ibarat pepasir di pantai . Namun ia dirasa ibarat renjisan . Taubat kami kurang kekesalan tiada penghayatan
Wahai Rasulullah hati kami terlalu berkarat dipenuhi hitaman dosa . Layakkah kami bersamamu ? Layakkah kami untuk syafaatmu ?Layakkah kami untuk meluahkan rasa cinta kepada dirimu ?
wahai Rasulullah Oleh itu kami bangkit ! Kami berjanji kami akan bangkit untuk menegakkan sunnahmu meskipun dikecam bunuh . kami yakin kami syahid ! Fisabilillah
wahai Rasulullah inilah janji kami untuk kembali agar kelak dapat bersua dengan dirimu .
Akan kami gengam erat ajaranMu , Menjunjung Hukum Rabb dalam kehidupan selaku umatmu
.
.
Sekitar jam 4.00 pm
Kaunter pendaftaran dibuka
Sekitar jam 5.00 pm
sesi taaruf diantara peserta dan ajk dimulakan
sesi taaruf muslimat |
sesi taaruf muslimin |
Perincian tentang perjalanan program dan sesi ta'aruf kepada peserta. Rasa tidak lengkap andai tidak melaksanakan sesi taaruf di antara AJK dan Peserta . Sesi Taaruf ini bertujuan untuk mengenali dan mengeratkan ukhuwah . Sudah menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk mengenali dan mengasihi saudaranya sepertimana mengasihi dirinya sendiri .
Seperti mana apa yang dijelaskan di dalam hadith riwayat Bukhari Muslim :
(La yu’minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi.”)
“None of you will have faith till he wishes
for his brother what he likes for himself.”
for his brother what he likes for himself.”
Reporter: Hadhrat Anas (r)
Source: Sahih al-Bukhari, Vol. 1: #12
Setelah selesai sesi taaruf diminta para peserta untuk pergi ke ruang utama , untuk dimaklumkan berkenaan dengan tentatif program sepanjang qiam dijalankan
bahagian muslimat |
bahagian muslimin |
para peserta diminta untuk mempersiapkan diri untuk Solat berjemaah fardhu magrib dan isya' .
Sekitar jam 8.00 pm
Seterusnya program dilanjutkan lagi dengan sesi tazkirah (chit chat) yang disampaikan oleh ustad Mat Razali Bin Mat Lazim . Tazkirah tersebut bertajukkan Rasulullah Pemuada Osem
Seterusnya program dilanjutkan lagi dengan sesi tazkirah (chit chat) yang disampaikan oleh ustad Mat Razali Bin Mat Lazim . Tazkirah tersebut bertajukkan Rasulullah Pemuada Osem
Sekitar jam 9.00 pm
Para peserta dan ajk .. menikmati santapan makan malam yang disediakan AJK
Alhamdulillah seorang peserta diminta untuk membaca doa sebelum makan , talam ukhuwah mengeratkan lagi ukhuwah di antara peserta dan ajk . Setiap peserta diminta untuk saling suap-menyuap makanan bagi mengukuhkan lagi tali ukhuwah .
Sekitar jam 9.30 pm
Modul menarik , kali ini amatlah istimewa kerana berkisarkan sirah baginda Rasulullah saw . Setiap peserta diagihklan kepada beberapa kumpulan . Modul kali ini mengandungi 4 checkpoint setiap checkpoint mempunyai tugasan yang berbeza.Checpoint yang pertama , para peserta diminta untuk menjawab kuiz yang telah disediakan oleh AJK berkenaan dengan nama anak-anak dan para isteri Rasullullah saw . Manakala,checkpoint kedua pula para peserta diminta untuk menjawab kuiz berkenaan dengan 7 sunnah yang diamalkan oleh baginda Rasulullah saw . Seterusnya , checkpoint ketiga para peserta diminta untuk sama ada berqasidah mahupun berselawat secara berkumpulan . Akhir sekali checkpoint keempat,para peserta diminta untuk menjawab soalan sekurang-kurangnya 5 minit berkenaan dengan makanan sunnah yang Rasullulah gemar makan
Diantara 7 sunnah yang diamalkan oleh baginda |
Para peserta diminta untuk berkumpul semula di ruang utama , untuk mengetahui kumpulan yang menang bagi setiap checkpoint .
Para peserta sabar menanti keputusan yang bakal diumumkan |
Debaran Kian terasa disaat menanti keputusan yang bakal diumumkan |
Setiap AJK bertanggungjawab meninjau kelakuan para peserta semasa aktiviti diadakan |
Setelah itu , program diteruskan lagi dengan slot muhasabah diri yang disampaikan oleh Pengerusi Kru Putatan : Azwan Dee Bin Jamil
Peserta muslimat diminta saling berpegang tangan disaat slot muhasabah diri dijalankan |
Kira-Kira jam 12 malam modul menarik berakhir dan sedikit minum malam disediakan.Keesokan harinya , para peserta diminta untuk bangun am 3.30am untuk Qiamullaill dan Solat Subuh serta Kuliah Subuh.
Sekitar 6.00 am
Setelah selesai solat fardhu subuh , para peserta diminta untuk berehat dan menyiapkan diri untuk slot riadah "cerdas-cergas"
Para peserta diminta untuk berkumpul bagi menjayakan slot riadah
Peserta muslimin bersedia untuk sesi slot riadah |
Slot riadah dimulakan dengan senaman ringkas
Muslimat juga beriadah dan dimulakan dengan senaman ringkas |
AJK memberi sedikit sebanyak info berkenaan dengan riadah yang bakal dilakukan sebentar sahaja lagi |
Kelihatan para peserta happy disaat slot riadah dijalankan ^_^ |
AJK sibuk menyediakan bahan untuk riadah yang bakal dijalankan |
AJK muslimat meninjau kelakuan peserta sepanjang slot riadah dijalankan |
AJK menunjukkan demo berkenaan dengan , aktiviti yang bakal dilakukan oleh peserta |
Setiap kumpulan diminta untuk memilih salah seorang peserta untuk diajdikan sebagai ketua kumpulan , ketua kumpulan diberi tugasan untuk mengambil secawan gelas yang berisi air yang jernih . gelas tersebut perlulah dikotorkan dengan cara apa sekalipun
Ketua kumpulan mengambil secawan gelas |
Setelah ketua kumpulan berjaya mengotorkan gelas tersebut . AJK mengarahkan untuk setiap ahli kumpulan membersihkan semula gelas yang mengandungi kotoran tanpa mengalihkan gelas tersebut . dan tidak dibenarkan sama sekali untuk menyentuh gelas tersebut
Diantara hasil kerja berpasukan , untuk menjernihkan kembali gelas tersebut |
Diminta wakil peserta yang berjaya untuk menjernihkan gelas yang mengandungi kotoran tersebut untuk berkongsi rahsia bagaimana mereka mampu untuk menjernihkan gelas tersebut .
wakil ajk berkongsi hikmah disebalik permainan tersebut |
Sekitar jam 8.00 am
Para peserta dihidangkan breakfast oleh AJK buat santapan pagi
santapan dipagi hari ^_^ |
Setelah selesai bersarapan .. para peserta diminta untuk berkumpul semula ke ruang utama untuk berkongsi perasaan mahupun cadangan buat Qiam akan datang
No comments:
Post a Comment