Saturday 29 December 2012

Persembahan Band KRU Putatan dalam program "AMBANG PERSEKOLAHAN"

Sedutan persembahan band KRU Putatan semasa Program Ambang Persekolahan.
29 Disember 2012.
Masjid Hilal, Kg Dumpil, Petagas, SABAH.



Lagu ini diadaptasikan dari sebuah lagu yang popular iaitu lagu:

Tanak Kampung nyanyian Jimmy Palikat.


Lirik Lagu
Tanak Kampung Versi Islamik

Kita semua ini hamba kepadaNYa
tiada apa-apa yang dapat dibezakan,
kita semua cantik,
janganlah mengata sesama kita.

Kita orang islam hidup ada pegangan,
al-Quran dan Sunnah dijadikan panduan,
cantik berbahasa, 
banyak syafaatnya Allah sayang kita.

Tiad perbezaan kita disisi tuhan,
miskin atau kaya semua sama saja,
apa yang beza kita adlah amalan,
hidup di dunia.

Bukannya tak boleh hidup suka-suka,
tapi mesti ingat Allah lihat kita,
kerana Allah adil,
Dia bina syurga dan juga neraka.

Kita masih ada ruang untuk bertaubat,
jangan tunggu lama nantikan terlambat,
miskin atau kaya semua mati juga,
kembali padaNYa.


Tidak salah kita berhibur tapi bukan hiburan yang memalaikan,
tetapi hiburan yang mampu menenangkan jiwa dan bermanfaat buat kita,
dan ketahuilah kamu berdakwah melalui lagu juga adalah starategi yang baik,
dalam kita berdakwah dan menarik para pendengar untuk lebih mendekati islam,

Semoga anda semua terhibur dan memberi manfaat buat anda ^_^

No comments:

Post a Comment