Wednesday 31 December 2014

Qasidah 2014



Qasidah KRU Putatan & Non-Stop Da'ie Anthem (Band KRU Putatan) yang dijemput membuat persembahan untuk menjayakan Sambutan Hijrah D'Ambang Tahun Baru bertempat di Masjid Hj Hashim, Sipitang, Sabah


Setiap Kesulitan Pasti Diakhiri dengan Kesenangan

Lihatlah Dengan Hati.
Di balik titis² hujan yg jatuh, Allah membawa bahasa cintaNya kpd manusia.
Allah tidak zalim...
Allah tidak menganiaya...
Malah Allah kasih...
Lihatlah dengan hatimu..
Andai air bah ini tidak menjadi tragedi, pasti konsert² ambang tahun baru itu akan diadakan...
Betapa ramai anak2 luar nikah akan dilahirkan...
Lihatlah lagi...
Allah memberi kita ruang utk memberi sedekah...
Menghulur bantuan..
Lihatlah lagi...
Masjid2 diwarnai dgn bacaan yasin, tahlil dan solat hajat...
Jika tidak krn air bah, barangkali jemaah hanya dtg utk bersolat sahaja...
Lihatlah lagi kasih Allah...
Semua para pemimpin turun padang buat kerja...
Allah memelihara Malaysia dengan kasihNya..
Ini ujian...
Ujian ini pasti tidak lama...
Ujian utk menyatukan seluruh insan..
Sampaikan kepada mangsa² banjir..
Supaya mereka juga dpt melihat musibah ini sebagai jalan untuk mereka membantu Negara menyelamatkan 'sesuatu' dari 'sesuatu'.
------
#prayforQZ8501 #prayforPantaiTimur #Allahuakbar

Thursday 25 December 2014

Kem Anak Soleh

" Anak Soleh Permata Keluarga Harapan Ayah Bonda"
Bertempat di Pusat Latihan Rela, bertarikhkan 21-24 Disember 2014

Tuesday 23 December 2014

Hayya Join Rehlah KRU PUTATAN 2014

Asalamualaikum wbt :) alhamdulillah hadir kembali program-program yang menarik buat mengisi masa terluang khususnya para remaja yang masih menikmati cuti sekolah ! Hayya ! Join Rehlah Kelab Remaja Ukhuwwah Putatan 2014
Bertarikhkan 27 disember 2014 bertempat di Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah . Penyertaan adalah terhad
FIRST come FIRST serve.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi number yang tertera di dalam gambar . Jom Manfaatkan waktu yang terluang dengan Rehlah bersama Kelab Remaja Ukhuwwah Putatan

P/s : Kepada Muslimat mohon bawa telekung dan pakaian lebih ..

Friday 19 December 2014

Liqo Fikree KRU PUTATAN

Allahumma shalli ala sayyidina muhammad 

Wahai Rabb kami panjatkan syukur ke atasMu atas limpah nikmat hidayah yang bersisa di qalbu kami.Berkat keizinanMu kami bersua untuk berkongsi dan menuntut ilmu untuk menggapai redhaMu Alhamdulillah ala kulli hal wa nikmah sedikit sebanyak perkongsian ilmu ,Liqo Fikri KRU PUTATAN bertarikhkah 19 december 2014 bertempat di Masjid Daerah Putatan.

Diantara input yang bermanfaat yang dapat dikongsi bersama adalah wasiat AS -SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA :

1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Semoga kita sama-sama kekal istiqamah untuk melaksanakan yang makruf dan meninggalkan perkara yang mungkar . WALLAHUA'ALAM .

Thursday 18 December 2014

Liqo Gabungan Kru Putatan 2014

Alhamdulilah syukur kepada yg maha pencipta kerna memberi tenaga kepada manusia di muka bumi untuk terus mengejar Ilmu Allah yang hakiki . Alhamdulilah setelah Program Terbesar Anjuran Persatuan Siswazah Sabah melabuhkan tirainya( ISLAMIC SUMMER CAMP G.8.0) , Mereka Tidk pernah Mengeluh untuk terus berkongsi ilmu , berkongsi pengalaman bersama sama di bawah satu bumbung yang sama . 
-Liqo Gabungan Kru putatan - beluran dan semporna 
-14 Disember 2014 
-Politeteknik Kota Kinabalu

Wednesday 10 December 2014

Bengkel Sony Vegas Krup 2014

Bengkel Sony Vegas Video Editor
Bertempat di Masjid Daerah Putatan.Bertarikhkan 10 disember 2014

Monday 8 December 2014

Jom Join Usrah Muslimin

Asalamualaikum semua 
Hayya meraih mardhatillah dengan mengisi masa terluang dengan ilmu
Jom join usrah bertempat di Masjid Daerah Putatan
Bertarikhkan 10 december 2014
Manfaatkanlah waktu yang terluang untuk mendalami , meneliti dan menelusuri ilmu-ilmu agama

Sunday 7 December 2014

Qiyadi Training Camp Kru Putatan 2O14

Alhamdulillah ala kulli hal wa nikmah , akhirnya Kem Kepimpinan Kelab Remaja Ukhuwwah Putatan 2014 telahpun melabuhkan tirainya.
Bertempat di Masjid Daerah Putatan
Bertarikhkan 6-7 disember 2014
Semoga Allah berikan kita semua kekuatan untuk terus mentautkan cinta kepada Pencipta
Layari blog Kelab Remaja Ukhuwwah Putatan untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut 
kruputatan.blogspot com
#kruputatanawesome

Friday 5 December 2014

Usrah Muslimin Disember 2014

Usrah Muslimin December 2014
-5 december 2014
-Bertempat di Masjid Daerah Putatan

Thursday 4 December 2014

Rehlah Muslimat Kru Putatan 2014

Asalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Alhamdulillah ala kulli hal wa nikmah, kali ini program Kelab Remaja Ukhuwwah telah mengisi masa para remaja khususnya Muslimat Kelab Remaja UIkhuwwah Putatan dengan aktiviti yang bermanfaat.Bertarikhkan 4 disember 2014 telah diadakan program khusus buat muslimat iaitu Rehlah Muslimat Kru Putatan bertempat di Tanjung Aru Beach Kota Kinabalu Sabah.

Rehlah muslimat dimulakan dengan perkongsian ilmiah daripada Kaka Naqibah.
Seterusnya aktiviti diteruskan lagi dengan , aktiviti bulatan gembira.
Setelah selesai aktiviti bulatan gembira dan ukhuwwahfillah.

Rehlah Muslimat Kru Putatan diteruskan lagi dengan permainan bola kampung.


Para peserta diagihkan kepada dua pasukan

AJK yang terlibat bagi menjayakan Rehlah Muslimat Kru Putatan

Para peserta diarahkan untuk memakai kain batik untuk bermain permainan bola kampung
Setelah selesai bermain permainan bola kampung .
Sesi ^_^ bergambar bersama ajk dan peserta
Akhir sekali setelah selesai bermain permainan bola kampung . Para peserta menjamah makanan yang disediakan oleh AJK yang terlibat bagi menjayakan program.


Sementara menanti bas untuk berangkat pulang ke Masjid Daerah Putatan para peserta dan AJK mengambil kesempatan untuk bergambar sebagai memori bersama :)


Alangkah indahnya ukhuwwah sekiranya dibaluti dengan iman dan takwa
Semoga terus utuh ukhuwwah yang terbina .
Terima kasih kepada peserta dan AJK yang terlibat bagi menjayakan program Rehlah Muslimat KRU PUTATAN 2014



"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."
— Imam Al-Ghazali