Tuesday 31 December 2013

Street Da'wah : My Aurah, My Pride

Seorang muslimah dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata apabila digilap akan memancarkan kilauan cahaya.Apabila diletak di tempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri Apabila dibekal dengan ilmu di dada akan menjadi cendekiawan bijak bestari.Seorang muslimah akan dikenang sebagai suri sang jejaka , menjadi ibu kepada puteri dan putera dan pertiwi seisi busana.

Aurat itu adalah amanah daripada ALLAH buat muslimin dan muslimat untuk menutupnya dengan sempurna dan pelihara dengan sebaiknya . Sebagaimana firman Allah Swt dalam Surah Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan).
Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasan tubuhnya, kecuali kepada suaminya bapanya bapa suaminya anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan- umpanya pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan dan kanak-kanak yang belum mempeunyai pengertian kepada aurat perempuan.
Dan janganlah mereka pukulkan kakinya supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang atau rantai kakinya nampak).
Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah swt. Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
(Surah An-Nur ayat 31:26)
Aurat bermaksud kecacatan, keaiban, dan kekurangan yang mesti ditutup. Dalam bahasa syaraknya ialah sesuatu yang mesti ditutup dan haram dipertontonkan.
Pecahan-pecahan aurat antaranya ialah:
- Antara lelaki (ajnabi) dengan perempuan (ajnabi) : Aurat adalah seluruh tubuh badan kecuali wajah dan tapak tangan.
- Antara perempuan (ajnabi) dengan lelaki (ajnabi): Aurat adalah seluruh tubuh badan kecuali wajah dan tapak tangan.
- Aurat wanita dengan wanita yang baik akhlaknya (Muslim): Aurat adalah antara pusat hingga lutut.
- Aurat lelaki dengan lelaki: Aurat antara pusat hingga lutut.
 Oleh itu kali ini ahli KRUP terpanggil untuk menyertai anjuran Nisa' bagi menganjurkan program Street Da'wah My aurah My pride . 
Berikut merupakan diantara ahli Krup yang ringan tulang bagi menjayakan program anjuran Nisa'
Boleh rujuk album ni  untuk mengetahui aktiviti-aktivi yang dilakukan sepanjang berlakunya program tersebut

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
 “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”
 (Hadith Riwayat Muslim, bernombor 3971)
Pada zaman mutakhir ini, tipu daya terlalu banyak dan berleluasa. Mana-mana manusia juga tidak terlepas dari pautan nafsu dan noda. Namun, beruntunglah bagi insan yang dapat menjaga nafsunya dari terjebak dalam kancah dosa dan berusaha menggembirakan dan mengutamakan Tuhannya dalam sebarang urusan berbanding keinginan sendiri.

Thursday 26 December 2013

Wednesday 25 December 2013

Usrah satay Naqib bersama adik usrahnya

Naqib bersama adik usrahnya telah bersua di kedai satay
p/s : Hanya mereka bedua sahaja :P
apapun semoga Allah tautkan ukhuwah dihati mereka hanya kerana ALLAH

Tuesday 24 December 2013

Meeting Kru Putatan Disember

"Sanah helwah sakinah mawaddah barakah warahmah" 
Alhamdulillah moment ni beberapa ahli KRUP telah menyambut hari jadi "Sanah helwah sakinah mawaddah barakah warahmah" 

Sunday 22 December 2013

Usrah Muslimin Kru Putatan

Alhamdulillah hadirnya usrah kali ini membawa adik-adik ke Jeti Kg Dumpil Putatan .
Atas keizinan Allah hadirnya usrah ini dapat membentuk rasa cinta dikalangan mereka . Cinta bukan sebarang cinta namun Cinta yang ditautkan dengan Cinta kepada Ilahi . Moga terus istiqamah di dalam mengejar kebaikan dan menjauhi keburukan

Saturday 21 December 2013

Rehlah Putatan

Rehlah kali ini membawa adik-adik ke Babagon Penampang bertarikhkan 21 disember . Tarikh yang cukup bermakna dan menyimpan pelbagai kenangan . Rehlah ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dan juga .. mengadakan beberapa aktiviti yang menarik buat santapan minda dan jasmani . Hadirnya akal yang cerdas itu dari badan yang cergas .

Friday 13 December 2013

Riadah Badminton Muslimin KRU Putatan

Otak yang Cerdas itu datangnya dari badan yang Cergas . Aurat diutamakan Riadah didahulukan :)

Tuesday 10 December 2013

Sunday 8 December 2013

Ukhuwah Pantai

Biarlah gambar yang berbicara , menukilkan kata yang bersulamkan iman dan takwa
Ahli KRUP mengerjakan solat Subuh berjema'ah di atas pasir pantai Tanjung Dumpil (Bukit Vor) dan riadah di pantai, Manisnya berUkhuwah andai ditauti dengan akhlak yang indah dan niat kerana Allah

Saturday 7 December 2013

Kem Kepimpinan KRU Putatan

Inilah adalah diantara pimpinan KRU PUTATAN . Moga hati mereka kekal bernanung dengan kalimah ALLAH dan tidak pernah gentar dengan gertakan manusia melainkan Rabb yang Maha Esa ^^~

Thursday 5 December 2013

Usrah Muslimat PSS & KRU Putatan

Alahmdulillah hadirnya usrah muslimat , dapat mengisi masa lapang sepanjang cuti sekolah . Semoga terus istiqamah